Negeri

Sukan rakyat meriahkan Sciences Journey Carnival STI Madani

DUNGUN: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menganjurkan sukan rakyat bagi memeriahkan program Sciences Journey Carnival STI Madani di Dewan Balora, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Hulu Dungun, di sini.

Penolong Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH, Muhammad Adhwa Hazziq Arsad berkata, sukan rakyat itu diadakan sebagai nilai tambah untuk menarik lebih ramai penduduk setempat hadir ke program tersebut dalam usaha melahirkan individu celik sains, teknologi dan inovasi dalam masyarakat.

“Kita tahu, ada orang mungkin tidak minat sains, tetapi apabila kita sebut sukan rakyat orang akan datang dan secara tidak langsung merek akan masuk ke karnival ini, melihat pameran sains yang diadakan dan sebagainya.

SUKAN rakyat menjadi tambah nilai untuk menarik minat mendekati pendidikan sains melalui penganjuran Sciences Journey Carnival STI Madani yang berlansung di Dewan Balora, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Hulu Dungun.

“Sukan rakyat adalah busaya yang dekat dengan masyarakat. Ada kumpulan ibu-ibu, kumpulan anak-anak dan belia dan ia mencipta satu kemeriahan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah bagi sukan rakyat sempena program Sciences Journey Carnival STI Madani, hari ini.

Tambahnya, usaha PSKT itu memberikan banyak manfaat terutama kepada penduduk kawasan luar bandar.

MUHAMMAD ADHWAN HAZZIQ ARSAD

Program itu, katanya, berperanan sebagai medium pendedahan kepada anak-anak luar bandar untuk lebih dekat dengan sains.

“Ini satu langkah permulaan ke arah kita membudayakan digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI).

“Kalau diteruskan, ia dapat mempersiapkan anak-anak muda di luar bandar khususnya agar tidak ketinggalan dalam membudayakan sains dalam kehidupan,” jelasnya. – Suara Timur

Related Posts