Negeri

Polis perketat sempadan, buru suspek bom di Tak Bai

KOTA BHARU: Polis akan memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi mengelak dua suspek yang melakukan serangan dengan kereta dipasang bom di Tak Bai, Rabu lalu melarikan diri ke Malaysia.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Thailand.

“Polis akan mengesan (suspek) dan apa juga termasuk maklumat yang diberi oleh (pihak Thailand), namun secara rasmi kita tidak menerima lagi maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pihak berkuasa Thailand memperketatkan kawalan di sepanjang Sungai Golok bagi mengelakkan dua suspek meloloskan diri ke Malaysia. – Harian Metro

Related Posts