Negeri

Pesawah derita pembeli tidak bayar hasil jualan padi

JERTIH: Lebih 20 pesawah di lapan kampung di Hulu Besut terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam suasana suram selepas hasil jualan padi mereka tidak dibayar oleh sebuah syarikat pembeli yang beroperasi di Kampung Telaga Nibong di sini.

Wakil pesawah Nasuhaimi Mat Salleh, 40, berkata, lapan kampung yang terlibat adalah Kampung Gong Duek, Kampung Gong Tanah Merah, Kampung Telaga Nibong, Kampung Padang Baloh, Kampung Baruh Kual, Kampung Masin, Kampung Darau dan Kampung Oh.

JERTIH – Lebih 20 pesawah di lapan kampung di Hulu Besut terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam suasana suram selepas hasil jualan padi mereka tidak dibayar oleh sebuah syarikat pembeli yang beroperasi di Kampung Telaga Nibong di sini.

Wakil pesawah Nasuhaimi Mat Salleh, 40, berkata, lapan kampung yang terlibat adalah Kampung Gong Duek, Kampung Gong Tanah Merah, Kampung Telaga Nibong, Kampung Padang Baloh, Kampung Baruh Kual, Kampung Masin, Kampung Darau dan Kampung Oh.

“Pengurus pusat pembelian padi berusia 38 tahun itu difahamkan dari Perlis dan kali pertama membeli padi di kawasan ini pada musim lepas.

“Pada awalnya, syarikat itu membayar dengan baik pada awal Disember tahun lepas tetapi mereka memberi pelbagai alasan untuk membuat bayaran seterusnya pada akhir Disember,” katanya ketika ditemui.

Nasuhaimi berkata, 13 pesawah tampil membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada Rabu, manakala baki mangsa akan menyusul.

Beliau berkata, jumlah bayaran yang belum diterima oleh setiap petani sekitar RM1,500 hingga RM16,000 seorang, dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM200,000 dan usaha mengesan individu berkenaan juga gagal.

“Pesawah tertarik untuk menjual padi kepada syarikat itu kerana tawaran pemotongan timbang padi yang rendah berbanding di tempat lain.

“Selepas lebih dua bulan menunggu, kami berasakan telah ditipu kerana kebiasaannya kami akan memperoleh wang jualan padi sekitar seminggu selepas menghantar padi,” katanya yang pertama kali berdepan masalah begini. – Sinar

Related Posts