Negara

Pesawat F/A-18D Hornet terbabit kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan

KUANTAN: Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terbabit dengan kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan di sini, hari ini.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi kenyataan media, memaklumkan kemalangan berlaku jam 9:05 malam membabitkan pesawat F/A-18D Hornet.

Menurut kenyataan itu, kemalangan berlaku di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah.

“TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa mengenai insiden kemalangan itu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu tular di media sosial rakaman letupan dan disusuli percikan api di terbabit.

Video kejadian turut tular di media sosial.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat mengenai nasib juruterbang pesawat terbabit. – Berita Harian

Related Posts