KUALA KRAI: Seorang lelaki warga emas maut dipercayai dipukul oleh anaknya menggunakan kerusi di Kampung Kuala Gris, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 74 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Difahamkan, sebelum itu berlaku perbalahan antara mangsa dan suspek sehingga suspek memukul mangsa menggunakan kerusi kayu.
Susulan kejadian itu, suspek ditahan di rumah mereka dan mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, di sini untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan maklumat lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan selepas ini.