Mahkamah dan Jenayah

Penjawat awam direman disyaki salah guna kuasa seleweng tanah untuk anak

KUALA TERENGGANU – Seorang penjawat awam direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan beberapa permohonan tanah kerajaan di negeri ini untuk kepentingan peribadi.

Perintah reman bermula Isnin hingga Jumaat itu dikeluarkan oleh Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Mahkama

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang pada Ahad ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeleweng urusan tanah kerajaan negeri antara tahun 2019 hingga 2023.

“Antara tindakan yang dikenal pasti termasuk menukar pelan tanah serta menguruskan proses permohonan tanah bagi kepentingan anak-anaknya,” katanya.

Difahamkan, SPRM Terengganu turut menyita dua bidang tanah masing-masing berkeluasan kira-kira 9,000 dan 6,000 kaki persegi di sebuah daerah di negeri ini bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. – Sinar Harian

Related Posts