Mahkamah dan Jenayah

Pelajar rugi RM70,000 dipedaya  penyamaran tipu panggilan

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Seorang pelajar sebuah universiti di sini mengalami kerugian RM70,000 selepas terpedaya dengan penyamaran tipu panggilan pada 22 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, pelajar berusia 20 tahun itu mendakwa telah menerima  panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai Cyber Security Malaysia dan pegawai polis.

Menurutnya, nombor telefon pelajar itu didakwa telah terlibat dengan penipuan wang sebanyak RM2.28 juta

Katanya, pegawai Cyber Security Malaysia dan pegawai polis yang menyamar itu mendakwa mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan ada satu waran tangkap ke atas mangsa.

“Mangsa kemudian melakukan tiga tiga transaksi pindahan wang melalui mesin ATM berjumlah RM 70,000.00 ke akaun
bank yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razi menambah, pengadu menyedari telah ditipu setelah memaklumkan kejadian tersebut kepada rakannya.

Katanya, siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Suara Timur

Related Posts