Mahkamah dan Jenayah

Nahas bas bawa pelajar Upsi: Sekurang-kurangnya 15 mangsa maut

GERIK: Seramai 15 orang disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.

Menurut maklumat sumber, kejadian dilaporkan berlaku 1.10 pagi apabila pihak Hospital Gerik memaklumkan tentang kemalangan jalan raya berimpak tinggi di kawasan berkenaan.

SEBAHAGIAN pelajar Upsi yang terselamat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur- Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.

Gerik: Seramai 15 orang disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.

Menurut maklumat sumber, kejadian dilaporkan berlaku 1.10 pagi apabila pihak Hospital Gerik memaklumkan tentang kemalangan jalan raya berimpak tinggi di kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan awal, dua mangsa wanita yang mengalami kecederaan – seorang patah tangan dan seorang lagi cedera di kepala – dihantar ke Hospital Gerik pada 2.28 pagi dan tiba kira-kira sejam kemudian.
Sementara itu, Upsi dalam hantaran Facebook turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar yang terbabit dalam kemalangan itu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini,” katanya. – Harian Metro

Related Posts