Mahkamah dan Jenayah

Wanita warga emas maut jatuh dalam pergi

PASIR MAS: Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Mohd Zain Abu Hassan berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa, Hasmah Hussin,79, yang ditemui dalam telaga dan sudah dibawa naik ke atas oleh orang awam.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh kakitangan perubatan.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Harian Metro

Related Posts