IPOH: Rumah milik keluarga mentua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di Kampung Sungai Rapat Tambahan di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Dalam kejadian itu, ibu mentua beliau, Salmiah Nyakk Matt, 84, maut manakala bapa mentuanya, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, mengalami sesak nafas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, yang turut terbabit dalam operasi menyelamat, mengesahkan tragedi terbabit ketika dihubungi hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kebakaran berlaku pada jam 9.19 malam di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Raja Abdullah.
melalui talian MERS 999, sebelum pasukan polis dan bomba bergegas ke lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati enam sekeluarga berada di dalam rumah ketika kebakaran.

“Kebakaran itu meragut nyawa seorang wanita berusia 84 tahun yang disahkan meninggal dunia di lokasi.
“Suaminya yang berusia 83 tahun berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.
“Empat ahli keluarga lain berusia antara 18 hingga 49 tahun pula berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan,” katanya.
Abang Zainal Abidin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya. – Berita Harian