IPOH: Identiti pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, pagi ini sudah disahkan.
Mereka adalah:
1. Fakhrul Arif Rosdi
2. Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd Sofian
3. Muhammad Adib Hazim Halim
4. Nik Amni Nadiah Nik Nor Zabir
5. Nur Ainul Qistina Mat Ali
6. Nur Dalila Farhana Mohamad Isma
7. Nurly Sahirah Azman
8. Nurul Fatihah Abu Setaman
9. Nurul Izyanti Muhamad Azahar
10. Sufea Adela Maslihaizan
11. Fatin Nasrien
12. Muhammad Mustaqim Rosde
13. Wan Nur Suhaila
14. Anis Soffiyya Md Zaidi
15. Nor Ayuni Maslan
Perkara ini disahkan oleh pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Terdahulu dilaporkan 15 maut dalam kemalangan tragis membabitkan sebuah bas membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza kira-kira jam 1.10 pagi.
Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu menuju ke kampus universiti di Tanjung Malim. – Metro