Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
KEMAMAN: Seorang jurutera sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM114,000 setelah terpedaya dengan penyamaran tipu panggilan pada Jun lalu.
Ketua Polis Kemaman, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, suspek berusia 31 tahun telah menerima satu panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai AMLA dan pegawai polis.
Menurutnya, suspek mendakwa
mangsa terlibat dalam sindiket keldai akaun.
“Ini menyebabkan mangsa melakukan lima transaksi pindahan wang bermula 6 Jun
2025 hingga 7 Jun 2025 berjumlah RM 114,000.00 ke dalam empat akaun
bank yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Razi memberitahu, mangsa menyedari telah ditipu setelah suspek gagal dihubungi.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman,
hari ini.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – Suara Timur