Negara

Murid tahun 4 tahan sakit 40 minit, kaki tersepit jeriji

JASIN: Seorang murid lelaki Tahun Lima terpaksa menahan sakit lebih 40 minit apabila kaki kirinya tersepit pada jeriji longkang di Sekolah Kebangsaan (SK) Jasin di sini pada pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.18 pagi, murid berusia 11 tahun itu dipercayai tergelincir ketika melalui jeriji longkang pada waktu rehat sebelum kakinya tersepit di celah besi tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin, Pegawai Bomba Kanan II Azizul Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.19 pagi sebelum enam anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas untuk memotong besi selain dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan keselamatan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Jelasnya, kaki mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 12.02 tengah hari,

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.03 tengah hari dan mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan berada dalam keadaan stabil,” katanya. – Sinar

Related Posts