Negeri

Bapa lega empat anak terima dokumen pengenalan diri

KUALA TERENGGANU: Tidak memiliki sijil kelahiran dan pengenalan diri sejak dilahirkan, empat beradik akhirnya menerima dokumen rasmi yang amat dinantikan itu, hari ini.

Bapa mereka, Ahmad Zamri Abdul Ghafar, 52, mengakui lega apabila keempat-empat anaknya itu menerima sijil kelahiran, MyKid dan MyKad masing-masing hari ini.

Beliau sendiri menyaksikan penyerahan dokumen empat anaknya berusia 10 hingga 17 tahun itu daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias, di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu (JPNT) di sini, hari ini.

Beliau sendiri menyaksikan penyerahan dokumen empat anaknya berusia 10 hingga 17 tahun itu daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias, di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu (JPNT) di sini, hari ini.

Empat beradik terbabit iaitu Muhammad Haikal Abdullah, 17; Muhammad Hakimie Ahmad Zamri, 15; Muhammad Hafiz Ahmad Zamri, 13; dan Nur Alia Ahmad Zamri, 10, selama ini tidak memiliki dokumen pengenalan diri kerana kegagalan ibu bapa mendaftar kelahiran dalam tempoh ditetapkan.

Ahmad Zamri yang menetap di Kampung Sri Medang, Besut, mengakui berdepan pelbagai kekangan termasuk ketiadaan dokumen perkahwinan dan kerap berpindah menyebabkan kelahiran anaknya tidak dapat didaftarkan mengikut tempoh ditetapkan.

Sementara itu, Badrul Hisham berkata, sijil kelahiran keempat-empat beradik diperoleh menerusi permohonan pendaftaran lewat kelahiran melalui Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Didik dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Terengganu.

“Permohonan mereka dibuat melalui proses pendaftaran lewat kelahiran kerana keluarga gagal mendaftar kelahiran dalam tempoh 60 hari,” katanya.

Program Mekar Didik adalah program yang dilancarkan pada 17 November lalu membabitkan kerjasama Kementerian Pendidikan dan JPN. – Harian Metro

Related Posts