Negara

40 gajah ‘berenang’ dirakam di Sungai Tembeling

JERANTUT: Pergerakan sekumpulan kira-kira 40 gajah liar termasuk anak haiwan berkenaan berenang menyeberangi Sungai Tembeling jarang sekali ditemui, namun detik itu berjaya dirakam sekumpulan pelancong.

Pemandangan unik itu dirakam berdekatan Kampung Kuala Sat, dekat Ulu Tembeling semalam ketika beberapa pelancong menaiki bot penambang dari Kuala Tahan menyusuri sungai menuju Taman Negara.

Pemandu bot pelancong, Ahmad Dahlan, 45, antara yang bertuah kerana menyaksikan sendiri detik jarang ditemui itu.

Pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa memantau pergerakan haiwan berkenaan bagi memastikan keselamatan penduduk serta pelancong tidak terjejas. – TV3

Related Posts