Negeri Politik

Kompleks Marina Pengkalan Gawi tidak beroperasi sejak diserahkan?

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri didakwa tidak memanfaatkan kemudahan Kompleks Marina Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu selepas siap pada tahun 2021.

Menurut pendedahan Facebook Greater Terengganu Development, kompleks ini didakwa telah diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu untuk dioperasikan pada 22 Disember tahun sama.

Katanya, projek tersebut bernilai RM330.93 juta termasuk komponen jambatan ke Pulau Poh di tasik tersebut.

“Marina Pengkalan Gawi sepatutnya berfungsi sebagai one stop centre bagi menempatkan semua bot laju dan rumah bot yang beroperasi di Tasik Kenyir, serta menjadi tapak utama sebarang program besar di situ

“Namun sehingga lawatan Audit pada 22 Mei 2023, kompleks ini masih belum beroperasi sejak penyerahan dibuat kepada kerajaan negeri'” katanya.

Gambar pertama hingga ketiga adalah ketika ia mula siap, sementara itu, gambar terakhir pula gambar lawatan audit pada tarikh tersebut yang menunjukkan ia terbiar tanpa sebarang aktiviti komersial. – Suara Timur

Related Posts