Negara

Trump kecualikan telefon pintar, komputer daripada tarif

WASHINGTON: Telefon pintar, skrin komputer, cip dan komponen elektronik dikecualikan daripada dikenakan tarif yang dikuatkuasakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Ia terpakai kepada semua barangan elektronik yang dimport ke Amerika Syarikat.

Ia dikeluarkan menerusi satu notis oleh pihak kastam dan perlindungan sempadan Amerika Syarikat yang disiarkan pada Jumaat.

Pengecualian ini diguna pakai kepada produk yang memasuki Amerika atau dikeluarkan dari gudang seawal 5 April.

DONALD TRUMP

Langkah ini diambil selepas pentadbiran Trump mengenakan tarif minimum sebanyak 145 peratus ke atas barangan dari China yang diimport ke amerika.

Dalam pada itu, tarif ini dijangka memberi kesan besar kepada syarikat teknologi gergasi seperti Apple, yang mengeluarkan iphone dan produk lain di China.

Wedbush Securities melaporkan kira-kira 90 peratus daripada pengeluaran dan pemasangan iphone apple kini berpangkalan di china.

Sementara itu, Counterpoint Research, sebuah firma yang memantau penghantaran telefon pintar global, menganggarkan apple mempunyai stok untuk tempoh sehingga enam minggu di amerika dan setelah bekalan habis, harga dijangka meningkat.

Tarif yang diumumkan pada 2 April diperkenalkan oleh Trump mengejutkan dunia dan menunjukkan perubahan dasar globalisasi daripada pentadbiran AS sebelum ini.

Terdahulu, ahli ekonomi telah memberi amaran bahawa kos tarif mungkin akhirnya akan ditanggung oleh pengguna.

Kebimbangan ini telah menyebabkan ramai rakyat Amerika bergegas membeli barangan berharga tinggi, seperti kereta dan barangan elektronik kerana sentimen pengguna telah jatuh ke paras terendah dalam sejarah. – Awani

Related Posts