KUALA LUMPUR Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini, berkenan melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar ibu negara.
Muat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, Seri Paduka dalam suasana penuh mesra bersama Perdana Menteri berjalan kaki menyusuri Jalan Bukit Bintang.

Turut dikongsi beberapa keping foto mengenai sesi tinjauan mesra itu.
Terdahulu, Seri Paduka berkenan menerima mengadap Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan. – Berita Harian