Negara

‘Yassin balik sebelum raya, dia sudah tahfiz 20 juzuk al-Quran’


PELAKON dan pelawak Saiful Apek memaklumkan anggota Senario, Yassin Yahya yang ditahan di Arab Saudi bakal pulang ke pangkuan keluarga sebelum Aidilfitri.

Menurut Saiful Apek atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, perkara tersebut telah disahkan sendiri keluarga Yassin.

Sepanjang ditahan, kata Saiful Apek, dia sempat berbual sekali sahaja dengan Yassin menerusi aplikasi Zoom.

Bahkan melihat perkembangan sahabatnya yang semakin sihat dan dapat menghafal 20 juzuk al-Quran adalah sesuatu perlu disyukuri.

Difahamkan juga Yassin tidak ditahan dipenjara sebaliknya di sebuah pusat pemulihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

“Sebenarnya dia berada tempat pemulihan, di situ terdapat kedai runcit dan pelbagai kemudahan lain termasuk internet.

Dalam pada itu, sebagai sahabat Saiful Apek menyeru kepada orang ramai supaya berhenti membuat sebarang spekulasi berhubung penahanan Yassin di Arab Saudi.

“Saya dan Yassin sudah berkawan lama, mungkin dia tidak pandai mana, tetapi dia pun tidak bodoh.

“Di sini saya hendak menyeru kepada semua pihak hentikanlah spekulasi, kita tunggu tuan empunya badan balik biar dia sendiri yang akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya sampai dia ditahan,” ujar Saiful Apek yang ditemui pada majlis sidang media filem 6 Jilake semalam.

Terdahulu, tanpa mendedahkan identiti media melaporkan seorang pelawak ditahan di Jeddah, Arab Saudi sejak Oktober tahun lalu atas kesalahan memiliki bahan terlarang iaitu dadah jenis ganja.

Pelawak itu dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.

Hukuman berkenaan dijatuhkan pada November tahun lalu dan berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal daripada tempoh ditetapkan sekiranya berkelakuan baik. 

Terdahulu, tanpa mendedahkan identiti media melaporkan seorang pelawak ditahan di Jeddah, Arab Saudi sejak Oktober tahun lalu atas kesalahan memiliki bahan terlarang iaitu dadah jenis ganja.

Pelawak itu dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.

Hukuman berkenaan dijatuhkan pada November tahun lalu dan berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal daripada tempoh ditetapkan sekiranya berkelakuan baik. – Kosmo


Polis siasat guru sepak murid Tahun Tiga

TELUK INTAN: Polis menjalankan siasatan berhubung kes murid lelaki Tahun Tiga yang cedera didakwa disepak guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Labu Kubong di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, laporan kejadian itu diterima daripada ibu mangsa berusia 41 tahun pada Ahad lalu.

“Menurut ibu kanak-kanak terbabit, anaknya telah disepak guru lelaki berusia 52 tahun itu ketika berlaku pergaduhan di dalam kelas melibatkan murid Tahun Tiga.

“Tindakan guru tersebut menyebabkan murid berkenaan mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan pesakit luar,” katanya di sini pada Khamis.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – Kosmo

Related Posts