Negeri

‘Selamat tinggal isteriku’

KUALA BERANG: Perjalanan pulang seorang lelaki ke rumah isteri di Segamat, Johor, bertukar tragedi apabila kereta dipandunya terbabas di Kilometer (km) 379.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di laluan Ajil menghala ke Bukit Besi, hari ini.

Akibat kemalangan, mangsa Che Rosli Che Mat, 57, yang dalam perjalanan dari Kelantan menghala ke Segamat, Johor, untuk bertemu isterinya maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.30 pagi dan pihaknya menerima maklumat mengenai nahas pada 11.55 pagi.

Menurutnya, siasatan awal kereta Honda City dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri sebelum masuk ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

KEADAAN mayat mangsa Che Rosli Che Mat setelah kereta dipandunya terbabas di Kilometer (km) 379.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di laluan Ajil menghala ke Bukit Besi, Kuala Berang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.30 pagi dan pihaknya menerima maklumat mengenai nahas pada 11.55 pagi.

Menurutnya, siasatan awal kereta Honda City dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri sebelum masuk ke dalam longkang di sebelah kiri jalan. – Harian Metro

Related Posts