Politik

Suraya tawar diri tanding Ketua Wanita PKR Cabang Kemaman, mahu bela nasib wanita

KEMAMAN: Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kemaman, Suraya Zakaria @ Harun menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR Cabang Kemaman pada pemilihan parti itu pada 18 April hadapan.

Menurutnya, beliau bertanding untuk merebut jawatan itu kerana ingin membela nasib golongan wanita.

Pada masa sama, katanya, beliau ingin meningkatkan ekonomi wanita yang tidak diberi peluang dalam menjana ekonomi sekiranya diberi peluang menyandang jawatan itu pada pemilihan kali ini.

“Saya juga ingin semua rakyat memandang tinggi taraf wanita dan berjanji akan mengubah dan memperbaiki mindset semua kearah kebaikan dan bersatu padu,” katanya ketika dihubungi Suara Timur di sini hari ini.

Pemilihan kali ini Suraya akan menentang  Ketua Wanita PKR Cabang Kemaman, Akhirah Khairani Abd Rahman dan Saitina Ajirah Laidin.

Sementara itu, jawatanTimbalan Ketua Wanita Cabang bakal menyaksikan pertembungan sengit dua beradik antara
Siti Nor Syahirah Mohd Aris dan Siti Nor Amalina Mohd Aris.

Naib Ketua Wanita Cabang pula melibatkan  Azizah Samsuddin yang akan bertarung dengan Nur Ain Kenangan dan Aida Mohd Ali. – Suara Timur

Related Posts