Politik

PAS rakam tahniah Mohd Khalid dilantik KPN baharu

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara baharu menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang akan bersara pada 22 Jun.

“Saya menaruh harapan yang tinggi agar di bawah kepimpinan beliau, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperkukuh kecekapan, amanah, adil dan integriti pasukan dalam memelihara keamanan, keadilan dan kedaulatan undang-undang selaras dengan prinsip-prinsip islam dan semangat Perlembagaan Negara.

“Saya juga berharap dengan pengalaman lama beliau dalam pasukan PDRM, beliau akan mampu menjadikan PDRM sebagai sebuah pasukan yang bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas tanpa tunduk kepada mana-mana tekanan atau pengaruh kepentingan sebelah pihak.

“Ia pasti akan PDRM terus menjadi benteng keadilan yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat. Akhir sekali saya ucapkan selamat bertugas dengan ucapan Siiru ‘ala barakatillah,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian dalam satu kenyataan.

Mohd Khalid sebelum ini merupakan Pengarah Cawangan Khas PDRM telah menerima serahan tugas dan pemakaian lencana jawatan nombor satu itu disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – Harakahdaily

Related Posts