Negeri

Pentadbiran baharu kurang berminat teruskan dana raya?

KUALA TERENGGANU: Terengganu adalah satu-satunya negeri yang memberi dana raya kepada keluarga miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Dana raya itu mula diperkenalkan kerajaan Terengganu sejak 2005.

Menurut pendedahan yang dikongsikan admin Facebook Greater Terengganu  Development, sejak 2005, kerajaan Terengganu telah berbelanja RM941 juta bagi program kebajikan ini.

Daripada jumlah itu, dakwanya, sebanyak RM750 juta dibelanjakan ketika pentadbiran lama iaitu Barisan Nasional (BN)

“Kesan positif dapat dilihat setiap kali kerajaan mengagihkan Dana Raya ini. Jualan gerai-gerai meningkat dan membantu peniaga kecil,

“Selain memastikan tiada rakyat Terengganu terpinggir di Hari Mulia,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook Greater Terengganu  Development.

Bagaimanapun, menurutnya, pentadbiran baharu kurang berminat untuk meneruskan program ini.

Jelasnya, pada tahun 2019, hanya RM15.8 juta diagihkan. 2020 dan 2021 pula tiada.

Namun, tambahnya, pada 2022 iaitu tahun PRU, kerajaan negeri tiba-tiba telah berbelanja RM58.99 juta untuk program ini

“Pada tahun 2023 iaitu sebelum Pilihanraya Negeri, kerajaan negeri sekali lagi telah berbelanja lebih RM43 juta bagi program dana raya.

“Pada 2024, tiada lagi pilihanraya. Tiada juga dana raya.

“Apakah nasib rakyat pada tahun ini 2025?

“Sama-sama kita nantikan,” ujarnya

Sementara itu, menerusi komen yang dimuat naik seorang pengikut Facebook Geater Terengganu dikenali sebagai Nasyriq Ifwan  berkata, “Dana Raya tradisi rakyat tranung yg sudah dilupakan kerajaan hari ning.”

Aira Natasha pula berkata, “Kata menang terlalu besor takkan Dana raya takdop kut.? Jika ada dana bulih rakyat buat tampung beli baju raya anak²  dan biskut raya makan ramai².” – Suara Timur

Related Posts