KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius isu 3R yang dimainkan terutama buat masa ini membabitkan isu agama di mana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Pihak PDRM akan mengambil tindakan tegas dengan menggunakan segala undang-undang sedia ada tanpa mengira siapa juga yang terlibat dalam memainkan isu 3R.
“Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak menyentuh isu-isu terbabit yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan ketegangan yang boleh mengancam keselamatan negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa di negara kita ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular beberapa video penghinaan agama Islam apabila beberapa individu menghina al-Quran.
Semalam, enam individu termasuk tiga penyampai radio EraFM memberi keterangan di Bukit Aman.
Enam individu termasuk tiga penyampai radio EraFM selesai memberi keterangan di Bukit Aman, di sini semalam berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial stesen radio berkenaan. – Harian Metro