Home NegaraSuami dalam penjara, isteri dicekup khalwat dengan lelaki bujang

Suami dalam penjara, isteri dicekup khalwat dengan lelaki bujang

oleh suara timur

MELAKA: Seorang kerani berstatus isteri orang yang suaminya sedang menjalani hukuman penjara dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah di Batu Berendam di sini Jumaat lalu.

Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memeriksa rumah berkenaan dalam operasi dijalankan sekitar 12.30 malam, selepas menerima aduan awam.

Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, pemeriksaan menemukan wanita berusia 36 tahun itu di dalam rumah.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menemukan seorang lelaki berusia 36 tahun sedang bersembunyi di dalam almari di tingkat atas rumah tersebut.

banner

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit masih bujang manakala wanita itu sudah berkahwin,” katanya pada Ahad.

Katanya, kedua-duanya gagal mengemukakan sebarang dokumen atau hubungan mahram.

Ujarnya, pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi serta siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan tindakan penguatkuasaan berterusan dijalankan JAIM bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya sebagai usaha mendidik masyarakat mematuhi tuntutan agama.

Ia juga katanya, bagi mengelak perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah dan bertentangan dengan hukum syarak. – Sinar

Tinggalkan komen