SIMPANG RENGGAM: Empat termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan empat kenderaan lain di berhampiran Penjara Simpang Renggam di sini pada Isnin.
Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.16 petang.
Kenderaan terlibat ialah Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes E250 dan BMW manakala Toyota Vios dinaiki keempat-empat mangsa yang maut.
Empat mangsa itu ialah Semek Mat Soh,
73, Aiman Mohd Rashid, 36, Nor Azlina Abd Latif, 33, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10.
Difahamkan kesemua mangsa terlibat dari Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.
Kesemua jenazah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk proses bedah siasat.
Penumpang bagi kenderaan lain dilaporkan hanya mengalami kecederaan. – Suara Timur
