Home NegeriTerengganu catat keputusan SPM terbaik dalam tempoh 10 tahun

Terengganu catat keputusan SPM terbaik dalam tempoh 10 tahun

oleh suara timur

KUALA NERUS: Terengganu mencatatkan peningkatan keputusan gred purata dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 4.17 peratus mengatasi gred purata kebangsaan iaitu 4.42 peratus dengan peningkatan sebanyak 0.25 peratus.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Kamsah @ Kamal Mohamed berkata, keputusan yang diperoleh tahun ini adalah gred purata terbaik dalam tempoh 10 tahun.

Menurutnya, seramai 17,457 calon menduduki SPM tahun lalu membabitkan 175 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Katanya, kehadiran calon menduduki SPM tahun lalu meningkat 0.21 peratus iaitu seramai 17,208 (98.57 peratus) berbanding tahun sebelumnya 16,974 (98.36 peratus).

banner

“Manakala bagi pencapaian pelajar berkeperluan pendidikan khas pula seramai empat pelajar memperoleh semua A.

“Bagi pencapaian cemerlang semua mata pelajaran A+ iaitu seramai 25 pelajar berbanding tahun lalu 11 pelajar, berlaku peningkatan 0.08 peratus,” katanya ketika berucap di Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2025, di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, di sini, hari ini.

Menurutnya, pencapaian daerah bagi gred purata dan peratus semua A terbaik dalam SPM iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus mencatat masing-masing 3.92 peratus dan 5.19 peratus manakala bagi pencapaian peratus layak SPM terbaik iaitu daerah Setiu mencatat 97.25 peratus.

Katanya, daerah Setiu juga menunjukkan peningkatan gred purata tertinggi iaitu 4.32 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 4.62 peratus manakala daerah Kuala Terengganu pula mencatatkan 72.35 peratus lulus semua mata pelajar. – Metro



Tinggalkan komen