Home PolitikPKR Terengganu tuntut pengagihan kerusi seimbang pada PRU-16

PKR Terengganu tuntut pengagihan kerusi seimbang pada PRU-16

oleh suara timur

KUALA TERENGGANU: PKR negeri menuntut supaya pengagihan kerusi seimbang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri, Datuk Azan Ismail berkata, semua kepimpinan parti komponen kerajaan perpaduan termasuk PH dan Barisan Nasional (BN) disaran mengaktifkan jentera pilihan raya dengan kadar segera terutamanya di peringkat akar umbi.

Katanya, semua pimpinan parti dalam komponen kerajaan perpaduan perlu bekerjasama dan memberi keutamaan kepada perundingan, terutama mengenai pengagihan kerusi dengan kadar segera.

“Kerjasama termasuk pengagihan kerusi antara semua parti tidak boleh dibuat secara pengumuman biasa, sebaliknya mesti dizahirkan menggunakan kaedah pengurusan bersama.

“Semua pimpinan parti dalam kompenan kerajaan perpaduan kini berlapang dada dan bersiap siaga menghadapi PRU ke-16,” katanya ketika ditemui pada program Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 anjuran PKR Cabang Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

banner

Pada PRU lalu, parti dalam gabungan PH iaitu PKR dan AMANAH hanya bertanding lima kerusi panas iaitu di kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Baru Burok, Manir, Tepoh, Rhu Rendang dan Wakaf Mempelam manakala satu kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Mengulas lanjut, Azan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bandar berkata, semua pimpinan parti dalam komponen PH diminta menghentikan mengeluarkan kenyataan akan bertanding secara solo dan bersendirian pada PRU akan datang.

Katanya, pemimpin semua parti dalam komponen kerajaan perpaduan tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang memberi gambaran bahawa kerjasama tidak wujud.

“Kenyataan dikeluarkan itu boleh mengelirukan rakyat yang kini digambarkan positif kepada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. – Metro

Tinggalkan komen