Home PolitikTiada keperluan PRK isi tiga kekosongan DUN Perlis

Tiada keperluan PRK isi tiga kekosongan DUN Perlis

oleh suara timur

KANGAR: Tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi tiga kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis setakat ini.

Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan politik semasa termasuk jaminan komitmen Pas untuk terus bersama kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Pada 29 Disember lalu, saya telah menghantar notis pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Perlis mengenai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Pas yang didapati tidak layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan notis tersebut turut memaklumkan keperluan mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan luar jangka di bawah Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Seri Putra, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkembangan mutakhir termasuk kenyataan akhbar rasmi Pas bertarikh 30 Disember lalu yang menegaskan komitmen parti itu untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaan Pas dalam Kerajaan Negeri Perlis.

banner

Rus’sele berkata, beliau telah menarik balik pemakluman mengenai keperluan PRK yang dibuat sebelum ini melalui proviso Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis. – Kosmo

Tinggalkan komen