Home Mahkamah dan JenayahPenuntut IPT tak mengaku terbabit persetubuhan luar tabii

Penuntut IPT tak mengaku terbabit persetubuhan luar tabii

oleh suara timur

PASIR MAS: Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap pelajar perempuan Tingkatan Lima di dalam kereta di Lata Janggut, Jeli, pada 29 November lalu.

Tertuduh, Muhammad Yushakimi Jamaludin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu dilakukan dalam kereta Perodua Myvi di tempat letak kereta di Lata Janggut, Jeli pada jam 2.30 petang pada 29 November lalu.

banner

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 377B memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama serta di lokasi serta tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh diwakili peguam Habibah Wahab.

Terdahulu, Siti Aiysha Na’ilah menawarkan jaminan RM20,000 manakala Habibah memohon jaminan minima diberikan memandangkan anak guamnya masih menuntut di sebuah universiti di Jeli dan masih dalam tanggungan kedua ibu bapa.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM10,000 untuk dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, sepasang kekasih tidak sempat melakukan hubungan seks di dalam kereta selepas terkejut dengan kehadiran polis.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, dilaporkan berkata susulan pemeriksaan polis itu, penuntut IPT berkenaan ditahan dan dipercayai suspek mengambil pelajar Tingkatan Lima yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah sebelum cuba melakukan hubungan seks dalam kereta di lokasi kejadian. – Metro

Tinggalkan komen