Home Negeri41 kampung di Terengganu berdepan fenomena air pasang besar

41 kampung di Terengganu berdepan fenomena air pasang besar

oleh suara timur


KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar yang diramal bermula hari ini hingga 10 Disember bakal menjejaskan 41 kampung yang terletak di 12 muara sungai di Terengganu.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu Osman Abdullah berkata, peningkatan paras air laut di pesisir pantai dan memasuki muara boleh mengakibatkan berlakunya banjir di kampung berhampiran sungai dan pantai.

Namun, katanya, fenomena itu boleh terjadi sekiranya hujan berlaku serentak dengan kejadian air pasang

Katanya, di Kuala Terengganu lokasi berisiko ialah Kampung Kuala Ibai, Taman Purnama, Kampung Pulau Rusa, Kampung Sekati, Kampung Kubang Ikan, dan Kampung Pulau Ketam.

banner

“Sementara, di daerah Kuala Nerus membabitkan Kampung Tanjung Gelam, Kampung Seberang Takir, Kampung Ulu Takir, Kampung Pak Tuyu dan Kampung Baru Seberang Takir,” katanya.

Beliau berkata, daerah Dungun kawasan dijangka terjejas ialah Kampung Seberang Pintasan, Kampung Tanjung Jara, Kg Che Lijah, Kampung Alor Makbah, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Buaya, Kampung Teluk Bidara,

Kampung Sura, Kampung Tebing Tembah, Kampung Kuala Paka, Kampung Pinang Merah dan Kampung Durian Mentangau.

Menurutnya, di daerah Marang pula lokasi dijangka dinaiki air ialah Kampung Rusila, Kampung Rhu Dua, Kampung Rhu Rendang, Kampung Mercang, Kampung Pulau Rusa Baru.

“Daerah Kemaman yang dijangka terjejas iaitu Pulau Skepeng, Pengkalan Cicar Bukit Kuang, Kampung Bakau Tinggi dan Kampung Baru Kemasik.

“Di daerah Besut kawasan terlibat ialah Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Budu, Kampung Pantai dan Kampung Nail,” katanya.

Menurutnya, daerah Setiu, lokasi diramalkan terjejas iaitu Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Kuala Setiu, Kampung Fikiri dan Kampung Telaga Papan.

Katanya, penduduk diminta lebih berwaspada dan mengikuti perkembangan keadaan fenomena air pasang besar dari masa ke semasa. – Metro

Tinggalkan komen