Home NegeriAnak ADUN pembangkang di Pahang ditahan kes rogol gadis bawah umur

Anak ADUN pembangkang di Pahang ditahan kes rogol gadis bawah umur

oleh suara timur

MARAN: Seorang remaja lelaki yang juga anak kepada wakil rakyat pembangkang di Pahang ditahan untuk siasatan kes rogol membabitkan gadis bawah umur.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata remaja berusia 17 tahun yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (APM) itu ditahan semalam, sejurus laporan polis dibuat ibu mangsa.

Berdasarkan laporan, katanya mangsa, 16, mendakwa dirogol di sebuah rumah di sini, pada awal Mac lalu, dengan kejadian dikatakan berlaku selepas gadis itu keluar bersiar-siar bersama suspek yang baru dikenali di Bandar Maran
.
Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogol gadis terbabit.

Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogol gadis terbabit.

banner

Kim Wai berkata, suspek yang ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan hari ini, selepas polis selesai merakam keterangannya.

“Tiada keperluan untuk polis mendapat perintah tahanan reman kerana siasatan terhadap suspek sudah selesai.

“Keterangan dan sampel darah sudah diambil serta pengakuan jelas suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun serta disebat.

Sebelum ini tular di media sosial mendakwa seorang gadis bawah umur dirogol anak kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini. –  Berita Harian

Tinggalkan komen