KUALA LUMPUR: Kos keseluruhan menunaikan haji 1447H/2026M dikekalkan pada kadar RM33,300 bagi seorang jemaah Muassasah.
Tabung Haji (TH) memaklumkan, bayaran mengerjakan haji bagi semua kumpulan iaitu B40 (RM15,000) dan M40 (RM23,500) turut dikekalkan.
“Sejumlah RM210 juta disediakan TH untuk Bantuan Kewangan Haji, bertujuan meringankan beban kewangan bakal jemaah haji dalam kategori B40 dan M40,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, TH turut mengambil langkah proaktif memastikan jemaah haji yang mendapat giliran tahun ini tidak menolak tawaran, selain mengenal pasti keberadaan mereka serta mengemas kini data lebih awal.
Ia juga bagi memastikan tidak berlaku ‘kerugian’ kuota ditetapkan iaitu 31,600 orang bagi Malaysia.kal jemaah haji dalam kategori B40 dan M40,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar dilaporkan berkata, kadar TH tahun ini tidak akan membebankan jemaah.
Katanya, TH turut mengambil langkah proaktif memastikan jemaah haji yang mendapat giliran tahun ini tidak menolak tawaran, selain mengenal pasti keberadaan mereka serta mengemas kini data lebih awal.
Ia juga bagi memastikan tidak berlaku ‘kerugian’ kuota ditetapkan iaitu 31,600 orang bagi Malaysia. – Berita Harian