PETALING JAYA: Selepas sebulan bergelar suami isteri, pasangan popular Fattah Amin dan Amira Othman diraikan dalam majlis persandingan yang diadakan di Dewan Persada Johor Bahru, Johor, hari ini.
Diraikan dalam majlis bertemakan tradisional Melayu, pasangan mempelai segak dan anggun menyarung persalinan rekaan Fiziwoo berwarna putih gading.
Paling mencuri perhatian apabila Fattah mengenakan baju Melayu teluk belanga bagi menyesuaikan majlis yang diadakan di Johor
Pasangan berkenaan bersanding di pelamin dihias dengan taburan bunga berwarna merah dan hiasan ukiran warna perak.
Majlis serba indah itu turut diserikan dengan persembahan rakan selebriti seperti Haziq Rosebi, Nabila Razali dan Ayai Illusi.
Sama seperti majlis pernikahan, persandingan Fattah dan Amira turut disirkan secara langsung menerusi akaun TikTon Unifi TV Malaysia.- Kosmo