Negeri

Pemandu lori maut ditimpa kayu balak

KUALA BERANG: Seorang pemandu lori maut selepas ditimpa kayu balak di tapak pembalakan Kampung Kemat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata Mohamad Naim Muhamad Afandi, 34, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 3.48 petang tadi.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden tersebut daripada rakan mangsa, Yaki Sidi, 37, yang berada di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kampung Kelubi Puteh, Jerteh, Besut itu ditimpa kayu balak semasa kerja pembalakan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sharudin berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – Harian Metro

Related Posts