Mahkamah dan Jenayah Negara

Suspek kes bunuh kejam percaya isteri ada hubungan sulit

ALOR SETAR: Perasaan cemburu kerana mempercayai isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dipercayai menjadi motif pembunuhan kejam wanita dan seorang peniaga telefon bimbit di Taman Nona, Guar Chempedak di Yan dekat sini Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, suspek dan mangsa dipercayai pasangan suami isteri yang mempunyai dua anak lelaki berusia dua dan empat tahun.

Katanya, perkahwinan pasangan itu dipercayai berlangsung di negara jiran pada 2019.

“Perkahwinan mereka ini di negara seberang, jadi kita perlu buat siasatan dengan pihak seberang berhubung status perkahwinan mereka ini,” katanya. – Kosmo

Related Posts