PUTRAJAYA –Perdana Menteri mengumumkan 15 September 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
Menerusi siaran langsung sempena pengumuman penghargaan luar biasa untuk rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hari kelepasan itu bagi menghargai ukhuwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.
“Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalin silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara,” katanya pada Rabu. – Sinar Harian
