Negara

Aktivis Malaysia dibawa keluar menuju Istanbul sehari dua ini – PM

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang melaksana usaha bersungguh-sungguh untuk mambawa keluar semua aktivis negara yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) keluar menerusi Turkiye, dengan usaha itu dijangka mengambil masa satu dua atau hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau sudah menyampaikan permintaan itu kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan dan pemimpin dunia Islam itu turut bersetuju.

“Saya sudah minta jasa baik Erdogan untuk bawa (aktivis Malaysia keluar) ke mana-mana sempadan (dengan Israel) dan bawa ke Istanbul, dari Istanbul kita bawa pulang,” katanya ditemui media di sini hari ini.

SUKARELAWAN Malatsia yang ditahan tentera Israel.

Anwar menjelaskan, semua aktivis Malaysia itu dijangka keluar menerusi satu pesawat dari Israel, bersama-sama aktivis Turkiye yang turut ditahan Israel semalam.

Setakat semalam, SNCC mengesahkan kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi GSF telah ditahan rejim Israel selepas lebih 20 jam insiden pintasan berlaku.

Sani Araby berkata, pengesahan rasmi itu diterima pada pukul 4.25 petang waktu Malaysia bahawa semua delegasi kini berada dalam tahanan.

Related Posts