Negeri

Anggota polis meninggal dunia akibat serangan jantung ketika operasi

PASIR MAS: Seorang anggota polis berpangkat sarjan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menyertai operasi di sebuah rumah di Kampung Nibong di sini, 12.14 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, Hafinaizan Jaafar, 40, menyertai pasukan operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ketika serbuan 10.30 malam itu.

Katanya, ketika serbuan, anggota itu rebah sebelum rakan setugas bergegas membawanya ke Unit Kecemasan Hospital Pasir Mas (HPM) di sini, dan mendapatkan bantuan pernafasan kerana jantungnya didapati berada dalam keadaan lemah.

“Bagaimanapun, lelaki yang berasal dari Kota Samarahan, Sarawak itu disahkan meninggal dunia ketika rawatan.

Bagaimanapun, lelaki yang berasal dari Kota Samarahan, Sarawak itu disahkan meninggal dunia ketika rawatan.

“Arwah mempunyai sejarah penyakit jantung dan pernah menerima rawatan, serta dimasukkan ke wad pada 21 Jun lalu. Selain itu, arwah juga sepatutnya menjalankan rawatan susulan angiogram pada Ogos nanti.

“Semua ahli keluarga termasuk isteri mangsa sudah dimaklumkan tentang kematian ini dan jenazah akan dibawa pulang ke Kuching, Sarawak untuk pengebumian,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Kama Azural berkata, urusan penghantaran jenazah dibuat menggunakan ejen pengurusan jenazah di Bangi, Selangor.

Selain itu katanya, dua pegawai dari IPD Pasir Mas akan mengiringi jenazah ke untuk dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.

“IPD Pasir Mas kehilangan seorang anggota yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas, semoga seluruh ahli keluarga tabah dengan apa yang terjadi.

“Mewakili pihak IPD Pasir Mas, saya mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, semoga urusan pengebumian berjalan lancar dan didoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya. – Metro

Related Posts