KUALA BERANG: Pelancaran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir, mencatat satu lagi perkembangan baru yang menjadi tumpuan pelabur serantau dan antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seperti mana kita sedia maklum, dalam perkembangan mutakhir ini, kita tekankan umpamanya keperluan peralihan tenaga dan Kenyir juga satu kekuatan
Beliau berkata, kini ditambah dengan permulaan kerjasama dua gergasi, Petronas dan TNB, untuk mengetuai satu projek asal solar dan sekarang hidrogen hijau.
“Ini beberapa penyelidikan yang mengarah kepada tenaga alternatif baharu, bersih dan hijau, yang disepakati di peringkat antarabangsa dan juga menjadi dasar tenaga negara kita.
“Oleh sebab itu, saya ucap terima kasih kepada Dr Samsuri (Menteri Besar Terengganu) kerana memberikan kerjasama penuh kepada projek ini.
“Kita lihat umpamanya di Semenanjung sahaja, yang terbaru Zon Ekonomi Johor-Singapura, yang menjadi tarikan kepada pembangunan pertumbuhan pelaburan termasuk teknologi baharu. Data centre, Kecerdasan Buatan, itu menjadi tumpuan. Kemudian, selain daripada Kulim Hi-Tech yang sekarang hampir sesak, penuh dan juga pembangunan Pulau Pinang sampai turun
ke Batu Kawan juga hampir sesak,” katanya sempena Majlis Pelancaran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu, di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir, di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata, projek yang diumumkan perlu segera dilaksanakan walaupun ia datang daripada syarikat-syarikat utama kerajaan. – Berita Harian