Negara

Buaya jinak minta makanan dari nelayan

KUCHING: Seekor buaya besar yang diberi nama ‘Butit’ menarik perhatian ramai apabila kelibatnya sering dilihat berdekatan jeti nelayan di Samalaju, Bintulu.

Difahamkan, kehadiran buaya itu bukanlah asing kerana reptilia itu sering muncul di kawasan itu.

Sejak Sabtu lalu tular rakaman di media sosial, memperlihatkan buaya itu timbul di jeti dipercayai menunggu nelayan melemparkan makanan.

Dalam video berdurasi 10 saat itu, jelas kedengaran suara seorang nelayan seolah-olah berkomunikasi dengan reptilia itu.

“Besar gelombang, sik ada ikan berik dengan kau Butit. Pandei-pandeilah kau beridup Tit. (Ombak besar, tiada ikan untuk kamu. Pandai-pandailah kamu mencari makanan sendiri Butit),” kata lelaki itu.

Buaya itu kelihatan tenang ketika lelaki terbabit merakam video menggunakan telefon bimbitnya.

Buaya jinak dan ‘mesra’ dengan nelayan bukan perkara baharu di Sarawak kerana sebelum ini, perkara sama turut berlaku di Kampung Jaya Bakti atau Loba Cermin di Matang, Kuching.

Walaupun jinak dan tidak pernah mengancam penduduk, buaya yang dikenali sebagai ‘Bujang Cermin’ itu sudah dipindahkan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan ditempatkan Pusat Hidupan Liar, Semenggo. – Berita Harian






Hilang ketika cari durian di dusun

GEORGE TOWN – Seorang warga emas dilaporkan hilang ketika mencari buah durian di dusun yang terletak di Changkat Sungai Ara di sini, malam tadi.

-Advertisement-

Mangsa yang dikenali sebagai Daud, 65, sehingga kini masih gagal ditemui.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan daripada pasukan polis pada pukul 6.04 petang tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Komander Operasi, Mohamad Hirman Mat Rodzi.

“Kita menerima maklumat terdapat seorang mangsa hilang di hutan ketika aktiviti mencari buah durian di dusun.

“Operasi pencarian dilakukan bersama pihak polis dan AngkatanPertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan mangsa hilang namun sehingga pukul 9 malam tadi mangsa masih belum dijumpai.

“Hasil perbincangan bersama pihak polis dan agensi lain, operasi pencarian ditangguhkan pada pukul 8 malam tadi dan akan disambung semula pada pukul 8 pagi esok,” katanya di sini sebentar tadi.

Jelasnya lagi, pihaknya dimaklumkan yang pencarian dari pihak polis dan sumber lain masih diteruskan menerusi maklumat dari keluarga mangsa. – Kosmo

Related Posts