Mahkamah dan Jenayah

Mayat guru wanita ditemui, dipercayai meninggal dunia sebulan lalu

ISKANDAR PUTERI: Bau busuk membawa kepada penemuan mayat guru wanita di rumahnya di Bandar Selesa Jaya di sini, yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian itu dimaklumkan jiran mangsa kepada polis selepas menyedari terdapat bau busuk dari rumah wanita berusia 39 tahun itu pada 8.06 malam, 12 Jun lalu.

“Guru berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira sebulan lalu. Siasatan mendapati wanita itu tidak hadir bertugas sejak 24 September tahun lalu,” katanya.

Katanya, hasil bedah siasat tidak dapat menentukan punca kematian disebabkan tahap pereputan yang sudah terlalu teruk (Advance Decomposition).

Bagaimanapun katanya, tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan,” katanya.

Wanita berkenaan yang belum berkahwin adalah guru di sebuah sekolah di Taman Tunku Aminah dan tinggal bersendirian. – Harian Metro

Related Posts