KOTA BHARU: PAS akan menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) untuk calon parti itu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka pada September atau Oktober depan.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jawatankuasa PN mengadakan mesyuarat, kelmarin bagi membincangkan strategi mengukuhkan jentera parti di Sabah.
“PN menyusun semula organisasi dan jentera parti di Sabah bagi persediaan menghadapi PRN negeri berkenaan.
“Langkah pengukuhan diputuskan dalam mesyuarat PN Sabah yang turut melibatkan perwakilan parti komponen termasuk Bersatu, Gerakan dan Parti India Rakyat Malaysia (MIPP).
“Kita turut memberi tumpuan kepada isu yang menekan rakyat termasuk berkaitan ekonomi dan kebajikan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan meskipun agihan kerusi secara terperinci masih belum dimuktamadkan, PAS mengenal pasti sekurang-kurangnya enam kawasan yang bakal ditandingi. – Harian Metro