Mahkamah dan Jenayah Negara

Pendakwa Raya Thailand mohon lanjut sebulan lagi tahan Eda Ezrin

KOTA BARU: Pendakwa raya Thailand semalam telah memfailkan rayuan lanjutan tahanan selama sebulan lagi di Mahkamah Narathiwat terhadap penyanyi dikir barat Malaysia, Eda Ezrin, suaminya dan empat individu lain.

Permohonan itu dikemukakan di kaunter mahkamah petang semalam.

Jurucakap mahkamah berkata seorang hakim dijangka membuat keputusan mengenai rayuan itu awal minggu hadapan.

“Jika mahkamah meluluskan lanjutan itu, penyanyi Malaysia dan lima individu lain akan terus ditahan di penjara selama sebulan lagi

“Ini akan memberi lebih masa kepada penyiasat untuk mengumpul bukti yang mengaitkan keenam-enam rakyat Malaysia itu dengan pemilikan 6,059 pil yaba,” katanya. – Berita Harian

Related Posts