Negeri Politik

Ahmad Nazri pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Kemaman

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Ahmad Nazri Mohd Yusof kekal sebagai Ketua Cabang PKR Kemaman pada pemilihan parti itu hari ini.

Beliau memperolihi 383 undi mengalahkan pencabarnya, Amir Hamzah Ghazali yang mendapat 370 undi, Hasuni Sudin (244 undi) dan Saikri Ngah @ Choh (92 undi) dalam pertandingan empat penjuru.

Seramai 7,685 ahli PKR Terengganu yang layak mengundi hari ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk pemilihan parti itu secara fizikal dan atas talian.

Besut merekodkan pengundi tertinggi iaitu 2,428 orang diikuti Kemaman (1,473 orang), Setiu (1,251 orang), Kuala Terengganu (761 orang), Dungun (718 orang), Hulu Terengganu (700 orang) dan Kuala Nerus (354 orang).

Proses pengundian melibatkan tujuh cabang kecuali Marang yang tidak mengadakan sebarang pemilihan bagi sesi kali ini.

Keputusan diumumkan melalui lawan sesawang https://pemilihan.keadilanrakyat.org/keputusan/keputusan-pengundian-negeri-terengganu/ pada pukul 8.30 malam

Bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang Kemaman pula dimenangi Mohd Afandi Muhammad yang mendapat 400 undi mengalahkan tiga saingannya Abdul Aziz Omar (365 undi), Mohd Fazilah Hashim (259 undi) dan Mohd Kamri Abd Ghani (50 undi)

Sementara itu, Naib Ketua yang menyaksikan pertandingan empat penjuru, dimenangi Mohd Effan Lazam (388 undi), mengalahkan Ahmad Syahmi Jusoh (386 undi, Chin Fook Cheen (246 undi) dan Rizan Ali (33 undi).

Bagi Jawatan Ketua Wanita Cabang Kemaman menyaksikan Nurul Akhirah Khairani Abd Rahman mendapat 191 undi menewaskan Saitina Ajirah Laidin (119 undi) dan Suraya Zakaria @ Harun (152 undi).

Timbalan Wanita Cabang Kemaman dimenangi Siti Nor Amalina Mohd Aris (237 undi) menewaskan adiknya, Siti Nor Syahirah Mohd Aris (202 undi).

Azizah Samsudin mendapat 178 undi menewaskan Nur Ain Kenangan (163 undi) dan Aida Mohd Ali (122 undi) bagi jawatan Naib Ketua Wanita Cabang Kemaman.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Mohd Hidayat Mat kekal sebagai Ketua AMK Cabang Kemaman dengan mendapat 146 undi menewas pencabarnya Mohd Anas Yusof (112 undi) dan Ahmad Albani Laidin (50 undi)

Sementara itu calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Dungun dimenangi Syafiqah Nabihah Shamsul Bahri dengan mendapat 82 undi dengan menewaskan Nazirul Hafiz Azman (68 undi).

Pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) pula, ditetapkan pada 24 Mei ini. – Suara Timur

Related Posts