Home NegaraDUN Perak gantung Razman 6 bulan

DUN Perak gantung Razman 6 bulan

oleh suara timur

IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan usul untuk menggantung ketua pembangkang negeri, Razman Zakaria daripada menghadiri persidangan DUN selama enam bulan, berkuat kuasa serta-merta.

Usul itu dibentangkan oleh Ong Boon Piow (PH-Bercham) dan disokong oleh Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup) semasa persidangan DUN Perak hari ini.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol dikenakan tindakan itu selepas dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada 4 Disember tahun lalu.

Penggantungan itu dikuatkuasakan selepas majoriti ADUN di dewan hari ini bersetuju dengan usul menyokong laporan jawatankuasa berkenaan. – Berita Harian

banner

Tinggalkan komen