Negara

‘Baby Aisy akan ke syurga, semoga dia tarik kami ke sana’ – Zaquan

SEREMBAN – “Saya dan isteri cakap, adik akan ke syurga. Insya-ALLAH dia akan tarik kita semua”.

Demikian kongsi Zaquan Adha ditanya bagaimana keadaan anak-anaknya yang lain berhubung pemergian Muhammad Aisy Al Rees pada Selasa.

Menurutnya, mereka masih terkejut dengan apa yang berlaku dan masih bertanya ke mana adik pergi.

“Sampai hari ini pun mereka tanya ‘baby’ Aisy nak pergi mana. Saya bawa mereka (anak-anak) ke sini kerana nak mereka tengok sendiri,” katanya ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said.

Selain itu, dia memohon doa orang ramai supaya dia dan isteri dikuatkan hati menerima pemergian terbabit.

Pada masa sama bekas pemain bola sepak kebangsaan itu meminta ruang kepada semua pihak kerana masih terkejut atas apa yang berlaku.

“Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami. Terima kasih pada semua orang yang bagi sokongan daripada dapat berita sampai ke hari ini. Terima kasih banyak-banyak, tiada apa yang boleh saya katakan selain terima kasih,” katanya.

“Saya minta doa dari semua supaya saya dan isteri kuat. Kami anak ramai, setiap anak ada bahagian masing-masing,” – Sinar Harian

Related Posts