PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Menurut hantaran media sosial menantunya, Khairy Jamaluddin, beliau meninggal dunia pada pukul 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman serta beramal soleh,” katanya.
Kesihatan Abdullah, yang mengalami demensia merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini, malah beliau tidak lagi dapat mengingati nama dan wajah ahli keluarganya.
Abdullah yang lebih mesra dipanggil Pak Lah menjadi perdana menteri kelima pada 2003 selepas tamat penggal Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun.