KUALA LUMPU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menandatangani kad raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang diperkenankan baginda.
Sultan Ibrahim bertitah, baginda memilih untuk meneruskan amalan mengirim kad ucapan Aidilfitri bagi mengimbau kembali zaman sebelum kemajuan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit.

“Dahulu, tiada telefon bimbit, tiada SMS, WhatsApp dan sebagainya.
“Beginilah cara kita berhubung iaitu mengutus kad, menulis ucapan dan menurunkan tanda tangan,” titah Sultan Ibrahim dalam muat naik akaun Facebook rasmi baginda, hari ini. – Berita Harian