KUALA TERENGGANU: Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat mengingatkan umat Islam supaya tidak menjadikan bulan Ramadan ini sebagai pesta pembaziran.
Beliau berkata, dalam kegembiraan menyambut Ramadan, umat Islam perlu berbelanja secara berhemah.
“Ingatlah, sederhana itu lebih bermakna, dan keberkatan itu hadir dalam kesyukuran,” katanya dalam catatannya di akaun Facebook miliknya sempena sambutan bulan Ramadan tahun ini.

Selain itu, beliau berkata, berpuasa di bulan Ramadan bukan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan untuk melatih kesabaran, memperbaiki diri, dan mendekatkan hati kepada Allah.
“Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh rahmat, keampunan, dan keberkatan Ramadan Al-Mubarak.
“Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita lebih sabar, lebih bersyukur, dan lebih dekat dengan-Nya. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.
“Sabar dalam berpuasa, syukur dalam rezeki, dan tenang dalam ujian itulah kunci keberkatan Ramadan.” ujarnya. – Suara Timur